Tuesday, November 6, 2018

Perkenalan Diri 😆

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

&
Salam Sejahtera kepada yang bukan muslim
Semoga hari-hari yang kita jalani memberi keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T

Kepada semua yang singgah di blog saya, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang xseberapa indah ni, hihi.. In Shaa Allah akan diindahkan lagi dengan sedikit sebanyak ilmu yang masih lagi dicari-cari..

Dengan ini saya ingin memperkenalkan diri saya (Cewah 😂) Ahmad Ashraff Khalilluddin Bin Hashim atau dikenali sebagai Khalil, Khall, Acap atau Ash. Jadi sy gelarkan diri sy Ash lah sebab mudah dan simple, tapi terpulang kepada anda nak panggil apa-apa pun yang penting nama yang baik-baiklah, hihihi.. Mesti korang terfikirkan kenapa banyak sangat nama panggilan? hurm 🙇 citer dia gini, waktu zaman muda mudi dulu (even sekarang pun masih muda 😉) selalu bertukar negeri, tempat tinggal, tempat kerja, jadi ramai kenalan yg Ash kenal, dan disitu jugak lah nama-nama yang tak pernah didengari timbul seperti nama-nama diatas 😂

Okay, sekarang masuk bab umur lah pulak, macam ash cakap tadi masih muda lagi kan, haha.. umur waktu menaip nukilan tak seberapa ni semasa umur 26 tahun. lingkungan 20an ni betul lah masih muda 😜. Tapi tak kisahlah tua atau muda yang penting saling hormat-menghormati tak gitu? hihi..

Ash tinggal di Tanjung Minyak Utama, Melaka, dan memang asal orang melaka, tapi uollz kena tau, tak semua orang Melaka berbahasa kasar, sesetengah jer, macam Ash pulak, boleh bertutur cara kasar dan biasa, selalunya bertutur cara kasar ni biasa dengan kawan-kawan rapat lah, tak semua yang boleh ash berbahasa sebegitu sebab Ash tau ada orang lain yang tak suka dengan bahasa kasar ni tambah-tambah pulak dengan penuh makian 😂 biasa anak jati Melaka ni memang dah terbiasa dengan pertuturan yang begitu, tapi ash mesti admit yang bahasa sebegitu memang tak baik pada masyarakat dan juga agama Islam.

Tujuan berblogger ni, secara jujurnya Ash dah lama jugak teringin mencuba nak berblogger ni, tapi tak pandai 😔 ada jugak belajar sedikit demi sedikit dengan Ostaz Abdul Googleluddin, dan benda yang paling buat Ash semangat berblogger ni haaaa, salah satunya sebab tengok cara buat duit dengan blogger melalui bermacam-macam iklan dan sebagainya, tapi dengan research yg Ash dah buat kalau korang nak tau? takde satu pun yang Ash faham 😂. Tapi semangat untuk mula berblogger ni ada, jadi Ash teruskan lah nukilan yang kecil ni sebagai titik permulaan Ash menjadi blogger, hihi. mana lah tau kan, ada yang blogger hebat-hebat yang sudi kongsi ilmu dengan Ash 😤.

Banyak benda juga cerita yang Ash ingin kongsikan pada semua mengikut pemahaman dan pengalaman Ash sepanjang Ash hidup diatas muka bumi Allah ini, In Shaa Allah jika ada masa Ash akan kongsikan lebih banyak lagi cerita, nasihat dan kebaikan-kebaikan untuk kehidupan seharian kita, In Shaa Allah dengan sedikit perkongsian yang baik jika orang lain mengamalkannya, pahala juga yang kita dapat, tak rugi kan? yang penting kebaikan itu dikongsi dan janganlah keburukan yang dikongsi, kerana tiada manfaat yang kita dapat, dosa lagi kita dapat malah di akhirat kelak azabnya tidak mampu kita tanggung..

Okay, sampai sini saja setakat ni, tunggu cerita yang menarik akan datang daripada Ash ya, hihi. Jika ada pertanyaan atau ingin Ash berkongsi apa-apa boleh lah ajukan pada Ash di ruangan komen atau pun email terus kepada Ash di khallsenrose92@gmail.com ya. Kepada yang sudi baca nukilan Ash ni, terima kasih lagi sekali atas kesudian anda mengunjungi blogger Ash, In Shaa Allah, akan datang Ash akan sambung blogger ini dengan ilmu-ilmu bermanfaat dan berguna kepada semua dan Ash berharap juga ada yang ingin berkongsi ilmu dengan Ash cara lebih mendalam lagi tentang ilmu blogger ni, Sekian 😊

No comments:

Post a Comment